Tarikh: 28 Mei 2022 (Sabtu) | Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang | Tempat: Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali | Deskripsi: Pelbagai strategi dan taktik telah dilakukan tetapi bisnes online anda masih tidak berkembang maju? Sertai Jelajah Usahawan Digital Selangor 2022 Siri 2: Hulu Selangor anjuran Sidec pada 28 Mei 2022 ini! Pelbagai topik menarik yang akan dikupaskan oleh pakar-pakar industri e-dagang untuk membantu anda mengorak langkah yang lebih efektif ke arah dunia perniagaan digital. Tidak perlu bersusah-payah lagi untuk mengejar ilmu digital kerana Sidec akan bawakan ke tempat anda! Masuk adalah PERCUMA, dan terhad kepada 200 peserta sahaja.