Tarikh: 16 - 17 September 2023 | Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang | Lokasi: Gua Damai Extreme Park, Gombak | Deskripsi: Jom luangkan hujung minggu anda bersama kami di Karnival Ekstrem Gua Damai 2023 yang akan diadakan pada 16 & 17 September 2023 pada hari Sabtu & Ahad bertempat di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves, Selangor. Karnival ini akan menampilkan acara utama iaitu Pertandingan BASE Jump yang melibatkan penerjun antarabangsa selain beberapa acara sukan ekstrem seperti Rock Climbing, Flying Fox untuk kanak-kanak, Tree Climbing, Paint Ball, Abseiling dan lain-lain. Hadiah cabutan bertuah menanti anda semua. Jom hadir beramai-ramai, jumpa anda di sana! 🪂🧗🏻 Sebarang maklumat lanjut, hubungi Jabatan Landskap MPS di talian 03-61266016.