What
  • Accommodation
  • Cruise
  • Eco & Nature
  • Education
  • Entertainment
  • Golf
  • Heritage, Arts & Culture
  • Medical & Wellness
  • MICE & Business Tourism
  • Museum & Palace
  • Shopping & Leisure
  • Sports & Adventure
  • Theme Park
Where
Nostalgia Syawal
09 Apr

Nostalgia Syawal

Hosted by: Nostalgia Syawal

Share :

Sempena bulan Ramadan dan Syawal 1445 Hijriah, Tourism Selangor akan membawa anda untuk mengimbau Nostalgia beraya di kampung halaman seperti di zaman dahulu. Edisi Raya tahun ini kami akan pulang ke Sabak Bernam, sebuah Daerah yang kaya dengan sawah padi terbentang luas, keindahan alam semula jadi dan suasana kampung yang mendamaikan, serta produk-produk tempatan yang menarik. Sesi penggambaran kali ini telah diadakan di Nazbell Cottage & Garden yang merupakan salah satu produk pelancongan di bawah Sungai Panjang Agrotourism di Sungai Besar, Sabak Bernam. Nostalgia Syawal kali ini memaparkan persediaan malam raya yang sinematik dan akan membuatkan anda semua rindu akan kampung halaman dan menggamit kenangan beraya di Kampung. Selusuri kisah- kisah beraya bersama Tourism Selangor dan kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

 

Indah Sungguh Beraya di Desa,

Nostalgia Syawal Menggamit Memori,

Hati Tenang, Bahagia Terasa,

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 

ASMR Raya membawakan anda ke Nazbell Cottage & Garden Sungai Panjang, Sabak Bernam di mana kami akan membuat persediaan raya dan mengimbau Nostalgia beraya seperti zaman dahulu bersama sanak saudara dan keluarga, sambil menyaksikan ahli keluarga yang sibuk memasak di dapur, menghias rumah dan mengisi kuih raya. Kanak-kanak juga gembira dengan bermain bunga api bersama ahli keluarga mereka yang lain.

 

Dengan ini, warga kerja Tourism Selangor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Jom ambil peluang di cuti Hari Raya Aidilfitri kali ini dengan melancong dan melawati tempat-tempat menarik di Negeri Selangor. Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!

 

Attendees (0)

Are You going ?0 going

Scroll Up