Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Tourism Selangor Sdn Bhd ingin mendapatkan sebut harga seperti butir-butir di bawah :-
No. Sebut Harga : TSSB 015/2026 (Perkhidmatan Pemetaan Geologi Dan Pencirian Geologi Warisan di Tiga (3) Geotapak Terpilih Serta Penyediaan Keterangan Geologi Warisan Bagi Panel Informasi Di Enam (6) Geotapak Di Sekitar Gombak-Hulu Langat Geopark)
*** Sila semak lampiran Notis Sebut Harga untuk terma dan syarat-syarat kelayakan penyertaan.
Syarikat yang berminat untuk membeli dokumen sebut harga : TSSB015/2026 perlulah mengisi Borang di dalam Google Form yang diletakkan di dalam link seperti dibawah atau mengimbas QR code yang tertera di dalam Notis Sebut Harga:-
https://docs.google.com/forms/u/0/d/e/1FAIpQLSf1qyPeqPlDhm14DFBagObuWiu92okwKsCRzJWUEo5PZXOzdw/closedform
Sekian, terima kasih.
NOTIS SEBUT HARGA
Tourism Selangor Sdn Bhd mempelawa Syarikat yang berkelayakan mengambil bahagian dalam pelawaan Sebut Harga seperti yang dinyatakan dibawah :-
| BUTIRAN SEBUT HARGA | |
|---|---|
| NO. SEBUT HARGA | TSSB 015/2026 |
| TAJUK SEBUT HARGA | Perkhidmatan Pemetaan Geologi Dan Pencirian Geologi Warisan di Tiga (3) Geotapak Terpilih Serta Penyediaan Keterangan Geologi Warisan Bagi Panel Informasi Di Enam (6) Geotapak Di Sekitar Gombak-Hulu Langat Geopark |
| TARIKH IKLAN | 25 Mei 2026 (Isnin) |
| TARIKH & WAKTU JUALAN DOKUMEN | 26 Mei 2026 (Selasa) – 05 Jun 2026 (Jumaat) Pembelian secara atas talian boleh dibuat pada hari Isnin-Jumaat sahaja (9.00pagi – 5.00 petang). |
| TARIKH TUTUP | 09 Jun 2026 (Selasa) @ 12.30 Tengah Hari |
Terma dan Syarat Kelayakan Penyerahan :-
- Syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang sah tempoh dengan kod bidang di bawah atau yang berkaitan :-
221206 Perkhidmatan/ Khidmat Udara/ Laut/ Darat/ Pemetaan/ Pemetaan Utiliti Bawah Tanah 221207 Perkhidmatan/ Khidmat Udara/ Laut/ Darat/ Geologi 330211 Perkhidmatan Perunding Fizikal/ Bukan Kejuruteraan/ Geologi 340107 Perkhidmatan Perunding Bukan Fizikal/Sosio Ekonomi/ Kajian Pelancongan - Syarikat yang berminat untuk membeli dokumen perlulah mengisi ‘Google Form’ yang disertakan pada emel ataupun di laman sesawang rasmi Tourism Selangor. ‘Google Form’ juga boleh diisi dengan mengimbas QR Code yang disertakan diatas.
- Dokumen Sebutharga adalah berharga RM 100.00 senaskah (tidak dikembalikan). Pembayaran boleh dilakukan secara DuitNow QR Pay ke akaun Tourism Selangor Sdn Bhd. Pembelian dokumen sebut harga boleh dibuat bermula pada 26 Mei 2026 ~ 05 Jun 2026. Mohon untuk emel slip pembayaran dan nyatakan No. Sebut Harga yang ingin dibeli ke emel [email protected].
- Dokumen Sebut Harga akan disediakan secara softcopy dan akan diemelkan setelah pembayaran diterima.
- Satu syarikat hanya dibenarkan untuk membeli satu dokumen sebut harga sahaja. Wakil syarikat perlu mengemukakan sesalinan Sijil Pendaftaran daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum membeli dokumen sebut harga.
- Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi dan segala dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar secara digital melalui ‘Google Form’ yang akan disertakan di emel selepas pembelian dokumen. Tarikh tutup penghantaran dokumen adalah pada 09 Jun 2026 (Selasa) sebelum Jam 12.30 tengah hari.
- Ketidakpatuhan kepada Terma dan Syarat di atas akan menyebabkan Dokumen Tawaran Sebut Harga Tidak Layak Dipertimbangkan.
- Tourism Selangor Sdn Bhd mempunyai hak untuk membatal atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup penghantaran SeNormally I can help with things like this, but I don’t seem to have access to that content. You can try again or ask me for something else.
