Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Tourism Selangor Sdn Bhd ingin mendapatkan sebut harga seperti butir-butir di bawah :-
No. Sebut Harga : TSSB 028/2026 (Perkhidmatan Pengurusan Acara dan Percetakan Bahan Promosi bagi Majlis Makan Malam Perasmian Sesi Penilaian Semula Gombak-Hulu Langat Geopark Tahun 2026)
*** Sila semak lampiran Notis Sebut Harga untuk terma dan syarat-syarat kelayakan penyertaan.
Syarikat yang berminat untuk membeli dokumen sebut harga : TSSB 028/2026 perlulah mengisi Borang di dalam Google Form yang diletakkan di dalam link seperti dibawah atau mengimbas QR code yang tertera di dalam Notis Sebut Harga:-
https://forms.gle/2ttia17wSmXU85kr8
Sekian, terima kasih.
NOTIS SEBUT HARGA
Tourism Selangor Sdn Bhd mempelawa Syarikat yang berkelayakan mengambil bahagian dalam pelawaan Sebut Harga seperti yang dinyatakan dibawah :-
| BUTIRAN SEBUT HARGA | |
|---|---|
| NO. SEBUT HARGA | TSSB 028/2026 |
| TAJUK SEBUT HARGA | Perkhidmatan Pengurusan Acara dan Percetakan Bahan Promosi bagi Majlis Makan Malam Perasmian Sesi Penilaian Semula Gombak-Hulu Langat Geopark Tahun 2026 |
| TARIKH IKLAN | 13 Oktober 2026 (Selasa) |
| TARIKH & WAKTU JUALAN DOKUMEN | 13 Oktober 2026 (Selasa) – 16 Oktober 2026 (Jumaat) Pembelian secara atas talian boleh dibuat pada hari Isnin-Jumaat sahaja (9.00pagi – 5.00 petang). |
| TARIKH TUTUP | 19 Oktober 2026 (Isnin) |
Terma dan Syarat Kelayakan Penyertaan :-
- Syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang sah tempoh dengan kod bidang di bawah atau yang berkaitan :-
221304 Perkhidmatan/ Kesenian, Hiburan dan Pelancongan/ Audio Visual 221305 Perkhidmatan/ Kesenian, Hiburan dan Pelancongan/ Penyediaan Pentas/ Pameran Pertunjukan, Taman Hiburan Dan Karnival/ Pestaria 030201 Sukan, Rekreasi dan Alat Muzik/ Cenderamata dan Hadiah 030299 Sukan, Rekreasi dan Alat Muzik/ Cenderamata dan Hadiah/ Pembuat 221615 Perkhidmatan/ Percetakan/ Rekabentuk Percetakan - Syarikat yang berminat untuk membeli dokumen perlulah mengisi ‘Google Form’ yang disertakan pada emel ataupun di laman sesawang rasmi Tourism Selangor. ‘Google Form’ juga boleh diisi dengan mengimbas QR Code yang disertakan diatas.
- Dokumen Sebutharga adalah berharga RM 100.00 senaskah (tidak dikembalikan). Pembayaran boleh dilakukan secara DuitNow QR Pay ke akaun Tourism Selangor Sdn Bhd. Pembelian dokumen sebut harga boleh dibuat bermula pada 13 Oktober 2026 ~ 16 Oktober 2026. Mohon untuk emel slip pembayaran dan nyatakan No. Sebut Harga yang ingin dibeli ke emel [email protected].
- Dokumen Sebut Harga akan disediakan secara softcopy dan akan diemelkan setelah pembayaran diterima.
- Satu syarikat hanya dibenarkan untuk membeli satu dokumen sebut harga sahaja. Wakil syarikat perlu mengemukakan sesalinan Sijil Pendaftaran daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum membeli dokumen sebut harga.
- Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi dan segala dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar secara digital melalui ‘Google Form’ yang akan disertakan di emel selepas pembelian dokumen. Tarikh tutup penghantaran dokumen adalah pada 19 Oktober 2026 (Isnin) sebelum Jam 12.30 tengah hari.
- Ketidakpatuhan kepada Terma dan Syarat di atas akan menyebabkan Dokumen Tawaran Sebut Harga Tidak Layak Dipertimbangkan.
- Tourism Selangor Sdn Bhd mempunyai hak untuk membatal atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup pengh
