Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Tourism Selangor Sdn Bhd ingin mendapatkan sebut harga seperti butir-butir di bawah :-
No. Sebut Harga : TSSB 029/2026 (Membekal Perkhidmatan Pengiklanan Papan Iklan Digital Out of Home (DOOH) Sempena Tahun Melawat Selangor 2026 (VSY2026))
*** Sila semak lampiran Notis Sebut Harga untuk terma dan syarat-syarat kelayakan penyertaan.
Syarikat yang berminat untuk membeli dokumen sebut harga : TSSB 029/2026 perlulah mengisi Borang di dalam Google Form yang diletakkan di dalam link seperti dibawah atau mengimbas QR code yang tertera di dalam Notis Sebut Harga:-
[PAUTAN PEMBELIAN DOKUMEN SEBUT HARGA TSSB029/2026
Sekian, terima kasih.
NOTIS SEBUT HARGA
Tourism Selangor Sdn Bhd mempelawa Syarikat yang berkelayakan mengambil bahagian dalam pelawaan Sebut Harga seperti yang dinyatakan dibawah :-
| BUTIRAN SEBUT HARGA | |
|---|---|
| NO. SEBUT HARGA | TSSB 029/2026 |
| TAJUK SEBUT HARGA | Membekal Perkhidmatan Pengiklanan Papan Iklan Digital Out of Home (DOOH) Sempena Tahun Melawat Selangor 2026 (VSY2026) |
| TARIKH IKLAN | 21 Oktober 2026 (Rabu) |
| TARIKH & WAKTU JUALAN DOKUMEN | 21 Oktober 2026 (Rabu) – 27 Oktober 2026 (Selasa) Pembelian secara atas talian boleh dibuat pada hari Isnin-Jumaat sahaja (9.00pagi – 5.00 petang). |
| TARIKH TUTUP | 02 November 2026 (Isnin) |
Terma dan Syarat Kelayakan Penyertaan :-
- Syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang sah tempoh dengan kod bidang di bawah atau yang berkaitan :-
010401 Penerbitan dan Penyiaran/Papan Tanda dan Aksesori/Papan Tanda dan Aksesori 222003 Perkhidmatan/Editorial, Rekabentuk Grafik, Seni Halus dan Harta Intelek/Bill Board 222009 Perkhidmatan/Editorial, Rekabentuk Grafik, Seni Halus dan Harta Intelek/Lain-lain Media Pengiklanan - Syarikat yang berminat untuk membeli dokumen perlulah mengisi ‘Google Form’ yang disertakan pada emel ataupun di laman sesawang rasmi Tourism Selangor. ‘Google Form’ juga boleh diisi dengan mengimbas QR Code yang disertakan diatas.
- Dokumen Sebutharga adalah berharga RM 150.00 senaskah (tidak dikembalikan). Pembayaran boleh dilakukan secara DuitNow QR Pay ke akaun Tourism Selangor Sdn Bhd. Pembelian dokumen sebut harga boleh dibuat bermula pada 21 Oktober 2026 ~ 27 Oktober 2026. Mohon untuk emel slip pembayaran dan nyatakan No. Sebut Harga yang ingin dibeli ke emel [email protected].
- Dokumen Sebut Harga akan disediakan secara softcopy dan akan diemelkan setelah pembayaran diterima.
- Satu syarikat hanya dibenarkan untuk membeli satu dokumen sebut harga sahaja. Wakil syarikat perlu mengemukakan sesalinan Sijil Pendaftaran daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum membeli dokumen sebut harga.
- Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi dan segala dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar secara digital melalui ‘Google Form’ yang akan disertakan di emel selepas pembelian dokumen. Tarikh tutup penghantaran dokumen adalah pada 02 November 2026 (Isnin) sebelum Jam 12.30 tengah hari.
- Ketidakpatuhan kepada Terma dan Syarat di atas akan menyebabkan Dokumen Tawaran Sebut Harga Tidak Layak Dipertimbangkan.
- Tourism Selangor Sdn Bhd mempunyai hak untuk membatal atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup penghantaran Sebut Harga tanpa menyatakan sebab atas keputusan tersebut dan semua keputusan yang dibuat adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Sekian, terima kasih
