1. Tempoh Kempen / Tempahan: 22 Oktober 2021 hingga 31 Disember 2021;
2. Tempoh Perjalanan: 22 Oktober 2021 hingga 30 Jun 2022
3. Promosi: Dapatkan SATU (1) baucar bernilai RM100 dengan syarat;
i) Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan yang sah (MyKad),
ii) Umur 18 tahun ke atas pada tahun 2021
4. Setiap pengguna Shopee terhad kepada SATU (1) transaksi setiap baucar sepanjang Tempoh Kempen.
5. Terhad kepada sejumlah 10,000 penebusan baucar sepanjang Tempoh Kempen.
6. Semua pembayaran harus dilakukan dengan fungsi ‘ShopeePay’ SAHAJA.
7. Tiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi.
8. Promosi akan dihentikan setelah jumlah baucar habis, atau pada masa Tempoh Kempen berakhir, mana yang lebih awal.
9. Promosi ini tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain.
10. Promosi tidak boleh ditukar atau diganti dengan produk lain atau wang tunai.
S1: Apakah Kempen ini?
J1: Pengguna yang layak boleh mendapatkan SATU (1) baucar bernilai RM100 untuk tempahan berdasarkan pilihan Pakej Pelancongan di Selangor.
S2: Siapakah yang layak menerima baucar?
J2:
i. Tawaran ini hanya untuk pengguna terpilih yang memenuhi kriteria berikut;
ii. Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan yang sah (MyKad),
iii. Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2021.
S3: Berapa lamakah tempoh sah laku Baucar yang diterima?
J3: Baucar yang diterima adalah sah dari 22 Oktober 2021 hingga 31 Disember 2021. Baucar yang tidak digunakan akan tamat selepas 31 Disember 2021.
S4: Bagaimanakah cara menggunakan Baucar?
J4. Bayaran untuk Pakej Pelancongan mesti dibayar menggunakan ShopeePay di aplikasi Shopee SAHAJA. Baucar yang diterima dapat digunakan secara automatik dalam transaksi yang memenuhi syarat.
S5: Bolehkah saya menggunakan lebih dari satu (1) Baucar setiap transaksi?
J5: Tidak. Hanya SATU (1) Baucar yang dapat digunakan dalam satu transaksi pada satu masa. Baucar juga tidak boleh digunakan untuk promosi lain di Shopee