The National Automobile Museum is a project inspired by the former Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad through a meeting of the Cabinet of Ministers on 21 June 2000 who proposed to create a museum that exhibits national car models and cars used by dignitaries.
A committee has been created to plan and implement the efforts to establish this museum. Committee members consist of the Ministry of Culture, Arts and Tourism, National Archives of Malaysia, UPE, Bufori Motor Car Co., DRB-HICOM Berhad, PERODUA, Sepang International Circuit (SIC), Malaysian People’s Social Heritage Museum and other agencies.
The Welcome Center building at the Sepang International Circuit (SIC) has been chosen to house the museum with an area of 18,071 square feet. The National Automobile Museum was opened to the public in March 2004 in conjunction with the Petronas Formula 1 Grand Prix.
Collections:
There are 22 collections on display at the National Automobile Museum including 15 cars, 6 motorcycles and a lorry. The acquisition of the collection is through purchases from individuals, suppliers, and donations from local automotive companies.
Services:
The National Automobile Museum provides services in providing briefings, guided tours to the gallery, video screenings in the mini auditorium, audio visual screenings in each segment, research assistance and brochures/pamphlets.
—-
Muzium Automobil Nasional merupakan satu projek yg diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir Mohamad melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Jun 2000 yang telah mencadangkan agar mewujudkan sebuah muzium yang mempamerkan model-model kereta nasional dan kereta-kereta yang digunakan oleh pembesar-pembesar Negara.
Satu Jawatankuasa telah diwujudkan bagi merancang dan melaksanakan usaha-usaha penubuhan muzium ini. Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Arkib Negara Malaysia, UPE, Bufori Motor Car Co., DRB-HICOM Berhad, PERODUA, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) ,Muzium Warisan Sosial Rakyat Malaysia dan lain-lain agensi.
Bangunan Welcome Centre di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah dipilih untuk menempatkan muzium tersebut dengan keluasan 18,071 kaki persegi. Muzium Automobil Nasional telah dibuka kepada orang ramai pada bulan Mac 2004 sempena Petronas Grand Prix Formula 1.
Koleksi:
Terdapat 22 buah koleksi di pamerkan di Muzium Automobil Nasional meliputi kereta sebanyak 15 buah, motosikal sebanyak 6 buah dan sebuah lori. Perolehan koleksi adalah secara pembelian dari individu, pembekal, dan sumbangan dari syarikat automotif tempatan.
Perkhidmatan:
Muzium Automobil Nasional ada menyediakan perkhidmatan dalam memberikan taklimat, lawatan berpandu ke galeri, tayangan video di mini auditorium, tayangan audio visual di setiap segmen, bantuan penyelidikan dan brosur/pamphlet.
[Update: 3 July 2023]