Tanjung Harapan, Pulau Indah merupakan satu lokasi pemandangan tepian pantai berbatu sesuai untuk aktiviti beriadah serta bersiar-siar terutamanya pada waktu petang. Pengunjung juga boleh menjalanan aktiviti-aktiviti seperti menangkap gambar, memancing dan berjoging.
Pada waktu malam pula, disarankan untuk berkunjung ke medan-medan ikan bakar yang terdapat di tepian-tepian pantai disamping menikmati pemandangan indah dan sapaan angin bayu. Tanjung Harapan merupakan antara lokasi popular di daerah Klang yang kerap dilawati terutamanya pada hujung minggu.