KENYATAAN MEDIA: KOLABORASI PROMOSI PELANCONGAN ANTARABANGSA TOURISM SELANGOR DENGAN PEJABAT TOURISM MALAYSIA MEDAN
Webinar “Sesi Rindu Malaysia- The Uniqueness of Selangor” Bukti Fokus Tourism Selangor dalam Pasaran Pelancongan Antarabangsa
SHAH ALAM / MEDAN, 1 Julai, 2021 – Pihak Tourism Selangor mengambil langkah proaktif bekerjasama secara julung kalinya dengan pihak Pejabat Tourism Malaysia Medan sebagai usaha untuk meneruskan aktiviti promosi pelancongan antarabangsa Negeri Selangor pasca pandemik Covid-19. Webinar “Sesi Rindu Malaysia – The Uniqueness of Selangor” yang diadakan menerusi aplikasi ‘Zoom’ tersebut adalah seiring dengan norma baharu serta merupkan inisiatif yang efektif dalam menghubungkan penggiat industri pelancongan dua buah Negara.
Sesi Webinar tersebut turut menjadi bukti kepada dedikasi dan fokus Tourism Selangor dalam meneruskan usaha promosi pelancongan antarabangsa bagi pasaran Asia Tenggara, khususnya Republik Indonesia walaupun sempadan Negara belum dibuka untuk tujuan penerbangan komersil.
Sesi Webinar tersebut melibatkan seramai lebih 100 orang peserta dalam kalangan pegawai Pejabat Tourism Malaysia Medan, penggiat industri pelancongan dari seluruh Republik Indonesia, delegasi Media, wakil Organisasi-organisasi setempat termasuk Badan Korporat, institusi pendidikan, serta orang awam. Manakali e-delegasi dari Negeri Selangor terdiri dari 8 produk pelancongan Negeri Selangor, serta beberapa orang pegawai yang diketuai oleh Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor.
Tuan Azrul Shah Mohamad dalam satu kenyataan berkata, “Sesi Webinar pada hari ini merupakan satu usaha baik yang dijalankan untuk meneruskan aktiviti promosi pelancongan Negeri Selangor bagi mengalu-alukan kedatangan pelancong dari Indonesia setelah pintu sempadan dibuka kelak. Sesi ini turut memberikan maklumat dan informasi berkenaan keadaan semasa produk-produk pelancongan Negeri Selangor yang bersedia untuk menerima kedatangan pelancong khususnya dari Indonesia bila krisis Covid-19 semakin reda”.
Di kesempatan tersebut, Tuan Azrul Shah turut memperkenalkan Kempen “Splendid Selangor; Take Me Anywhere” yang memberi fokus kepada pasaran pelancongan antarabangsa.
“Cogan kata ‘Splendid Selangor’ jelas merujuk kepada sebuah pengalaman penuh mengujakan yang menanti para pelancong di Negeri Selangor. Mereka boleh menyokong kempen ini dengan mengunakan hashtag #SplendidSelangor dan #TakeMeAnywhere pada posting media sosial mereka berkenaan produk pelancongan Negeri Selangor, mahupun pengalaman mereka menerokai Negeri ini pada masa akan datang”, tambah Tuan Azrul Shah.
Sesi Webinar tersebut dijalankan dalam format perbentangan dan taklimat produk pelancongan, sesi ‘Business to Business (B2B) dan juga beberapa aktiviti sampingan yang menarik seperti tanyangan video promosi pelancongan dan cabutan bertuah. Antara segmentasi pelancongan yang diberi penekanan semasa sesi Webinar tersebut termasuk pelancongan berkonsepkan eko dengan senarai produk seperti Sky Mirror Kuala Selangor, Air Terjun Kanching, Sekinchan Ninja Private Kitchen dan Skytrex Sg Chongkak. Bagi segmentasi seterusnya iaitu taman tema, contoh produk pelancongan yang disebut adalah Sunway Lagoon, Bangi Wonderland, Gamuda Cove dan KidZania.
Segmentasi pelancongan medikal melihat seleksi produk kesihatan Negeri Selangor seperti Subang Jaya Medical Centre, Alpha IVF & Women’s Specialist, Thomson Hospital Kota Damansara, Sunway Medical Centre dan Avisena Specialist Hospital. Bagi keluarga yang menemani bersama ke Negeri Selangor, mereka boleh menghabiskan masa di Pusat Beli-belah seperti 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, GM Klang Wholesale dan Mitsui Outlet Park.
Manakala, untuk segmentasi pelancongan pendidikan, Negeri Selangor terkenal dengan rantaian perpustakaan di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), serta pelbagai insitusi pendidikan tinggi yang terkemuka seperti Management & Science University (MSU).
-TAMAT-