Pertandingan Pitching Tourism Selangor 2022 Bertema Pelancongan Dan Industri Kreatif
SYARAT – SYARAT DAN MAKLUMAT AM:
1. Pertandingan Pitching Tourism Selangor 2022 Bertema Pelancongan & Industri Kreatif berkaitan Negeri Selangor. Meliputi aspek di bawah:
• Warisan(Heritage): Kraftangan, Sambutan & Festival, Pameran, Pelancongan Kebudayaan.
• Seni(Art): Seni Visual, Seni Persembahan.
• Media(Media): Penerbitan Buku, Filem, Podcast.
• Merekabentuk (Design): Grafik, Fashion, Permainan.
2. Objektif Penganjuran Pertandingan Pitching Tourism Selangor 2022:
• Memberi peluang kepada penggiat industri, orang awam, komuniti dan institusi pengajian tinggi untuk mengemukakan idea untuk menyemarakkan semula sektor pelancongan domestik Selangor.
• Menjadikan negeri Selangor sebagai salah satu hub industri kreatif di Malaysia.
• Menjadikan industri kreatif sebagai salah satu tarikan pelancong ke negeri Selangor.
3. Pertandingan Ini Menyediakan Hadiah Bagi Seperti Berikut:
• Hadiah Pertama untuk 10 pemenang : Sijil Penyertaan , Geran Projek Bernilai RM 10,000 (Setiap projek yang dijalankan di Negeri Selangor sahaja).
• Menjadikan negeri Selangor sebagai salah satu hub industri kreatif di Malaysia.
• Menjadikan industri kreatif sebagai salah satu tarikan pelancong ke negeri Selangor.
4. Mekanisme Tempoh Pelaksanaan:
Cadangan Tarikh | Perkara |
---|---|
10 Ogos – 18 September 2022 | Penghantaran Kertas Kerja Pautan Pendaftaran Pertandingan: www.shorturl.at/cmouW |
24 Ogos & 1 September 2022 8pm-9pm |
Taklimat Penerangan Cara Permohonan Pautan Pendaftaran Bengkel: www.shorturl.at/fhmW9 Tonton VIDEO TAKLIMAT DISINI |
Akhir Bulan September 2022 | Senarai Pendek 20 Kertas Kerja |
Awal Bulan Oktober 2022 | Sesi Pembentangan oleh 20 kertas kerja yang disenarai pendek |
Pertengahan Oktober 2022 | Pengumuman 10 Pemenang |
Pertengahan November 2022 | • Sesi Penyampaian Hadiah kepada pemenang • Pemenang berpeluang untuk membuat pameran di TUKANG Craftmanship Festival |
31 Mac 2023 | Penyerahan Laporan Akhir |
5. Syarat-syarat Penyertaan:
• Projek ini dibahagikan kepada dua kategori:
i. Individu
ii. Penyertaan kumpulan (tidak melebihi 4 orang)
• Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
• Terbuka kepada Penggiat Industri Pelancongan/ Penggiat Industri Kreatif/ Persatuan dan NGO/ Universiti dan Kolej/ Pemandu Pelancong dan Hos Komuniti/ Pejabat DUN Selangor.
• Bukan warganegara Malaysia dibenarkan hanya melalui penyertaan berkumpulan dengan 4 orang (maksimum).
6. Perkara Yang Perlu Ada Pada Setiap Kertas Cadangan:
• CV (untuk individu).
• Profil Organisasi (untuk penyertaan kumpulan).
• Kertas Cadangan.
Unsur-Unsur | Peringatan |
---|---|
1. Tajuk | |
2. Pengenalan/Latar belakang | |
3. Objektif | |
4. Strategi/Cara Pelaksanaan | Sesi Pembentangan oleh 20 kertas kerja yang disenarai pendek |
5. Implikasi Kewangan | Implikasi kewangan perlulah tidak melebihi RM10,000 |
6. Garis Masa (Timeline) Mekanisme Projek | • Aktiviti perlu dilaksanakan sebelum 20 Mac 2023 • Laporan siap kerja perlu dihantar sebelum 31 Mac 2023 |
7. Info Tambahan | Infografik, Gambar, Ilustrasi |
Format: Powerpoint dalam PDF form
Bahasa: Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
Pautan Pendaftaran Pertandingan: www.shorturl.at/cmouW
7. Sesi Pembentangan Oleh 20 Kertas Kerja Yang Disenarai Pendek:
• Tempoh pitching hanya diberikan selama 10 minit bagi kertas cadangan (proposal) kepada setiap peserta. 5 minit Q&A akan diberi juri untuk membuat pertanyaan.
• Bahasa: Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
• Saringan akan dibuat berdasarkan slide powerpoint dan persembahan lisan (pitching) dihadapan juri dan peserta.
• Keputusan juri adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
8. Kaedah Pembayaran wang kemenangan akan dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut:
• Pembayaran Pertama: 50% setelah surat setuju terima telah ditandatangan oleh pemenang.
• Pembayaran kedua: 50% akan dilaksanakan setelah program dan laporan akhir diterima oleh pihak urusetia.
9. Dokumen-Dokumen Bagi Tuntutan Pembayaran Wang Kemenangan:
• Laporan projek hendaklah dihantarkan kepada urusetia sebelum 31 Mac 2023.
• Menyediakan rumusan perbelanjaan projek berserta bukti perbelanjaan(resit, invois, baucar pembayaran dan sebagainya).
• Mengemukakan sebarang pengesahan yang lain iaitu bahan aktiviti tambahan seperti video, gambar dan bukti projek yang telah dihasilkan.
10. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi pihak urusetia seperti berikut:
• Alamat Emel : [email protected]
• Nama Pegawai : Mohd Izzul Izzat Bin Mohd Moktar(016-207 6972)
• Nama Pegawai : Ng Yik Thim(011-6366 8098)
Pertanyaan dan Jawapan:
S1: Adakah semua peserta hendaklah berasal dari negeri Selangor?
J: Tidak semestinya.Projek sahaja diwajibkan dilaksanakan di negeri Selangor.
S2: Adakah penganjur mewajibkan kehadiran semua peserta sepanjang sesi pembentangan?
J: Setiap pasukan hanya seorang daripada ahli kumpulan untuk membuat pembentangan.
S3: Adakah kertas kerja yang dihantarkan perlu mengfokuskan kepada satu tajuk pembentangan sahaja?
J: Peserta hendaklah menumpukan satu kertas kerja yang ditetapkan, iaitu “Warisan(Heritage)”, “Seni(Art)” , “Media(Media)”, “Merekabentuk (Design)”
S4: Seorang individu boleh menyertai berapa pasukan?
J: Seorang peserta hanya boleh menyertai satu pasukan sahaja.