PROGRAM PENGIKTIRAFAN PRODUK PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
1.0 Objektif
Objektif Pengiktirafan Produk Pelancongan adalah seperti berikut:
1.1 Mewujudkan Program Akreditasi / Pensijilan Sebagai Mekanisma Rujukan Kepada Para Pelancong Domestik Dan Antarabangsa Mengenai Kualiti Produk Pelancongan Di Negeri Selangor.
1.2 Memupuk Budaya Mengutamakan Kualiti Produk Pelancongan Secara Berterusan Dikalangan Pengusaha-Pengusaha Sektor Pelancongan.
1.3 Meningkatkan Kualiti Produk-Produk Pelancongan Di Negeri Selangor Dan Mutu Perkhidmatan Yang Ditawarkan.
1.4 Meningkatkan Keyakinan Para Pelancong Ke Atas Produk-Produk Pelancongan Yang Telah Mendapat Pengiktirafan.
2.KATEGORI
Tourism Selangor telah membangunkan kriteria penilaian Program Pengiktirafan Produk mengikut empat (4) kategori produk pelancongan seperti berikut:
i. Pelancongan Buatan Manusia (Man Made Tourism);
ii. Pelancongan Sukan & Rekreasi (Sports & Recreation Tourism);
iii. Alam Semulajadi, Kembara & Eko-Pelancongan (Nature, Adventure & Eco-Tourism);
iv. Pelancongan, Membeli-belah, Rekreasi & Gaya Hidup (Shopping, Recreation & Lifestyle Tourism);
3.GARIS PANDUAN PERMOHONAN
3.1 Permohonan adalah terbuka kepada semua pengusaha pelancongan di Selangor secara sukarela (Voluntary Basis).
3.2 Pemohon perlu mengenalpasti kategori produk pelancongan berdasarkan empat (4) kategori yang ditetapkan.
3.3 Permohonan boleh dikemukakan ke Bahagian Pembangunan Produk dan Pakej, Tourism Selangor dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
(i) Borang permohonan yang telah lengkap diisi seperti di
Borang Permohonan Pengiktirafan Produk Pelancongan Negeri Selangor
(Click Here)
(ii) Dokumen-dokumen dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang terkini (SSM MYDATA) atau sijil pendaftaran organisasi yang sah;
(iii) Salinan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang masih sah tempoh;
(iv) Latar belakang produk pelancongan berserta gambar; Powerpoint dalam PDF form
(v) Kelulusan yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan (jika berkaitan);
(vi) Penarafan bintang dan lain-lain pengiktirafan sekiranya ada (Contoh:Tripadvisor, Malaysia Tourism Award (MTA) atau sebagainya)
4.Pautan Borang
Borang Permohonan Pengiktirafan Produk Pelancongan Negeri Selangor
Click Here
Garis Panduan Bagi Pengiktirafan Produk Pelancongan Negeri Selangor Lengkap
Click Here
Senarai Semak Permohonan Pengiktirafan Produk Pelancongan Selangor
Click Here
5.Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi pihak urusetia seperti berikut:
• Alamat Emel : [email protected]
• Nama Pegawai : Renuga Devi A/P Sivamoorthy (019-207 3186)
• Nama Pegawai : Mohd Izzul Izzat Bin Mohd Moktar (017-319 8735)
• Nama Pegawai : Mohammad Hafiz Bin Ismail (019-220 6973)