Pertandingan Pitching Tourism Selangor 2023 Bertema “Matlamat Pembangunan Lestari”
SYARAT – SYARAT DAN MAKLUMAT AM:
1. Pertandingan Pitching Tourism Selangor 2022 Bertema “Matlamat Pembangunan Lestari” berkaitan Negeri Selangor. Meliputi aspek di bawah:
2. Objektif Penganjuran Pertandingan Pitching Tourism Selangor 2023:
• Memberi peluang kepada penggiat industri, orang awam dan komuniti untuk mengemukakan idea bagi menyemarakkan semula sektor pelancongan domestik negeri Selangor dan mencipta produk pelancongan baru.
• Menjadikan negeri Selangor sebagai salah satu negeri yang mengamalkan pelancongan mampan di masa hadapan.
• Menjadikan pelancongan mampan negeri Selangor sebagai panduan kepada pemain-pemain industri di negeri Selangor dalam menyemarakkan semula industri pelancongan pasca pandemik.
3. Pertandingan ini menyediakan hadiah seperti berikut:
• Hadiah Pertama untuk 15 pemenang : Sijil Penyertaan, Geran Projek Bernilai RM 10,000 (Setiap projek yang dijalankan di Negeri Selangor sahaja)
4. Mekanisme Tempoh Pelaksanaan:
Cadangan Tarikh | Perkara |
---|---|
1 Jun hingga 2 Julai 2023 | Penghantaran Kertas Kerja Pautan Pendaftaran Pertandingan: https://shorturl.at/vzBSW |
6 Jun 2023 | Taklimat Penerangan Cara Permohonan Slide Taklimat : https://shorturl.at/dikp7 Video Taklimat : https://shorturl.at/xAG04 |
Awal Julai 2023 | Senarai pendek 30 kertas kerja |
Pertengahan Julai 2023 | Sesi Pembentangan oleh 30 kertas kerja yang disenarai pendek |
Awal Ogos 2023 | Pengumuman 15 Pemenang |
Akhir November 2023 | Pameran dan Pembentangan Hasil Projek di TUKANG Selangor 2023 di Galeri Shah Alam |
29 Februari 2024 | Penyerahan Laporan Akhir |
5. Syarat-syarat Penyertaan:
• Projek ini dibahagikan kepada dua kategori:
i. Individu
ii. Penyertaan kumpulan (tidak melebihi 4 orang)
• Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
• Terbuka kepada Penggiat Industri Pelancongan / Persatuan dan NGO / Universiti dan Kolej / Pemandu Pelancong dan Hos Komuniti/ Pejabat DUN Selangor dan Syarikat Pengurusan Acara
• Bukan warganegara Malaysia dibenarkan hanya melalui penyertaan berkumpulan dengan 4 orang (maksimum).
6. Perkara Yang Perlu Ada Pada Setiap Kertas Cadangan:
• CV (untuk individu).
• Profil Organisasi (untuk penyertaan kumpulan).
• Kertas Cadangan.
Unsur-Unsur | Peringatan |
---|---|
1. Tajuk | |
2. Pengenalan/Latar belakang | |
3. Objektif | |
4. Strategi/Cara Pelaksanaan | |
5. Implikasi Kewangan | Implikasi kewangan perlulah tidak melebihi RM10,000 |
6. Garis Masa (Timeline) Mekanisme Projek | • Aktiviti perlu dilaksanakan sebelum 25 Februari 2024 • Laporan siap kerja perlu dihantar sebelum 29 Februari 2024 |
7. Info Tambahan | Infografik, Gambar, Ilustrasi |
Format: Powerpoint dalam PDF form
Bahasa: Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
Pautan Pendaftaran Pertandingan: https://shorturl.at/vzBSW
7. Sesi Pembentangan Oleh 30 Kertas Kerja Yang Disenarai Pendek:
• Tempoh pitching hanya diberikan selama 10 minit bagi kertas cadangan (proposal) kepada setiap peserta. 5 minit Q&A akan diberi juri untuk membuat pertanyaan.
• Bahasa: Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
• Saringan akan dibuat berdasarkan slide powerpoint dan persembahan lisan (pitching) dihadapan juri dan peserta.
• Keputusan juri adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
8. Kaedah Pembayaran wang kemenangan akan dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut:
• Pembayaran Pertama: 50% setelah surat setuju terima telah ditandatangan oleh pemenang.
• Pembayaran kedua: 50% akan dilaksanakan setelah program dan laporan akhir diterima oleh pihak urusetia.
9. Dokumen-Dokumen Bagi Tuntutan Pembayaran Wang Kemenangan:
• Laporan projek hendaklah dihantarkan kepada urusetia sebelum 29 Februari 2024.
• Menyediakan rumusan perbelanjaan projek berserta bukti perbelanjaan(resit, invois, baucar pembayaran dan sebagainya).
• Mengemukakan sebarang pengesahan yang lain iaitu bahan aktiviti tambahan seperti video, gambar dan bukti projek yang telah dihasilkan.
10. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi pihak urusetia seperti berikut:
• Alamat Emel : [email protected]
• Nama Pegawai : Mohd Izzul Izzat Bin Mohd Moktar (016-207 6972)
• Nama Pegawai : Yusri Abdullah (016-207 6975)